MY CLEVER BUSY BOX GAMES (Aktiviti untuk pembelajaran awal kanak-kanak)


MY CLEVER BUSY BOX GAMES



Retail RM79

Pos SM RM9, SS RM15


================

*0.45KG
*K7

Video unboxing My Clever Busy Box Games


































My Clever Busy Box games adalah permainan kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris untuk kanak-kanak lingkungan usia 3 hingga 5 tahun. Ia sebenarnya direka khas oleh ibu untuk anaknya lalu dipasarkan untuk manfaat bersama.
My Clever Busy Box Games adalah satu permainan edukatif yang membantu ibu bapa dan anak meluangkan masa bersama dengan berkualiti sesuai dengan kehendak perkembangan awal kanak-kanak. Berbanding permainan lain, My Clever Busy Box Games di modulkan bagi mencapai beberapa target dalam memberikan yang terbaik buat si cilik.
Modul yang direka adalah hasil gabungan 5 elemen penting dalam perkembangan awal kanak-kanak yang diinginkan ibu-ibu, disamping keperluan bagi memenuhi 5 tangki emosi kanak-kanak. Antara elemen dan tangki yang diharapkan membantu perkembangan si anak tersebut adalah:
6 ELEMEN YANG MERANGKUM
Kecerdasan Intelektual (IQ) anak bawah usia 6 tahun melalui aktiviti yang disediakan.
Kecerdasan Emosional (EQ) untuk memenuhi 5 Tangki Emosi ( Perkataan baik, masa berkualiti, material bersesuaian, layanan baik dan sentuhan selamat). Sumber: Gary Chapman & Ross Campbell (2016), 5 Love Languages of Children
Pengetahuan (knowledge) yang diserapkan melalui tema ‘Things Around Me’ dan aktiviti belajar membeli.
Keupayaan Mengingat bagi melatih daya tumpuan dan ingatan terhadap objek dalam permainan.
Kemahiran Motor Halus dengan pemilihan beberapa material dan aktiviti yang dapat menilai keupayaan kekuatan jemari, koordinasi mata tangan mengawal objek kecil dan sensori sebagai persediaan menulis.
Keseronokan Belajar Sambil Bermain sudah tentunya elemen terakhir yang paling penting di usia anak bawah 6 tahun. Si cilik menyangka sedang bermain walhal mereka sedang belajar sesuatu yang berharga untuk perkembangan mengikut usianya!
Melalui penerapan kesemua elemen tersebut ke dalam My Clever Busy Box Games, ia diharapkan dapat membantu para Ibu bapa memenuhi kesemua tangki emosi anak. Pertolongan dan perhatian ibu bapa meluangkan masa bermain bersama amat diharapkan dapat mengatasi MASALAH berikut:
+ Anak sukar bercakap
+ Kurang fokus
+ Tiada keyakinan diri
+ Mudah buat perangai.
CARA BERMAIN
  1. Ibu/bapa/penjaga mengeluarkan kertas panduan arahan berilustrasi (instruction sheet) untuk di lihat dan dibaca dihadapan anak.
  2. Kemudian, Ibu/bapa/penjaga menunjukkan cara-cara mengikut arahan yang diberi.
  3. Anak akan mula melakukan satu per satu aktiviti mengikut arahan sehingga selesai.
  4. Setelah selesai satu ‘cabaran’ (task), ibu/bapa/penjaga akan membaca ‘penghargaan’ (reward) yang ditanda dengan bintang di dalam kertas panduan tadi.
  5. Ulangi proses sehingga tamat.
  6. Ibu/bapa/penjaga boleh mengajak anak bermain sedikit demi sedikit sehingga cekap dan disambung ‘cabaran’ seterusnya pada hari atau waktu yang lain pula.
KANDUNGAN PERMAINAN
Dengan memiliki My Clever Busy Box Games, anda akan mendapat:
+ 1 Kotak Utama My Clever Busy Box Games
+ 1 Keping Kertas Cabaran dan Penghargaan (Task And Rewards)
+ 3 Keping Kad Gerai (Meats, Fruits dan Vegetables)
+ 12 Keping Duit Maindo Kids
+ 1 Kad Flip Memori
+ 1 Keping Model Tikar (Carpet)
+ 1 Tali Kasut
+ 4 Keping ‘Pre Cut’ Pakaian
+ 4 penyepit kecil
+ 10 keping klip berilustrasi (clip arts)
+ 1 marker (whiteboard)
AKTIVITI MY CLEVER BUSY BOX GAMES
Terdapat lebih dari 10 aktiviti di dalam My Clever Busy Box Games ini. Antaranya adalah:
+ Mengenal nama-nama benda di pasar, ruang tamu dan bilik air.
+ Mengenal dan menyusun bahan basah di pasar.
+ Mengenal dan menyusun bahan kering di pasar.
+ Menyusun mengikut kategori buah-buahan di pasar.
+ Mengingat kedudukan bahan kering dan menyusun semula mengikut kad flip memori.
+ Belajar mengira dan menggunakan duit
+ Belajar membeli barang mengikut arahan.
+ Belajar meletak barang di bahagian sepatutnya di dalam peti sejuk.
+ Menconteng dan memadam (di bahagian gigi) apabila di arahkan.
+ Menganyam tikar menggunakan satu tali kasut.
+ Mengepit baju
+ BONUS AKTIVITI BEBAS: Mencari Gambar berdasarkan perkataan yang diberi (Sight Words)
+ BONUS AKTIVITI BEBAS: Mengenal ABC (Huruf Besar)
+ BONUS AKTIVITI BEBAS: Mengenal Nombor 1 hingga 10
+ BONUS AKTIVITI BEBAS: Belajar mengeja beberapa benda sambil ‘menaip’ huruf yang sama.
+ BONUS AKTIVITI BEBAS: Menyambung titik pada ilustrasi
LAIN-LAIN KETERANGAN
Material : Artcard
Berat: + - 450gm
Saiz kotak: 15cm (lebar) x 28 cm (Panjang) x 4 cm


No comments

Powered by Blogger.